Tuesday 7 February 2012

Utama

Selamat Jalan Cikgu Suria

SMK Tebong sekali kehilangan seorang lagi guru yang berkaliber iaitu Cikgu Suria daripada pendidikan khas yang akan ditukarkan ke SMK Tun Tijah (sekolah yang sama dengan bekas pengetua, Tn Hj Yatim Sulaiman). Justeru itu, seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas segala usaha yang telah ditabur sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selamat bertugas di tempat baru...

Selamat Jalan dan Selamat Datang

Seluruh warga SMKT mengucapkan selamat jalan dan selamat bertugas ke tempat baru kepada bekas pengetua SMKT Tuan Hj Yatim bin Sulaiman yang ditugaskan di SMK Tun Tijah dan selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Pengetua Baru SMKT, Tuan Hj Nordin bin Adam.

Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2011

Tahniah kepada SMK Tebong kerana menjadi Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2011. Terima kasih kepada seluruh warga SMK Tebong yang terlibat menghias sekolah dengan Jalur Gemilang.

Peralihan Kuasa Pentadbiran

Perhatian kepada seluruh warga SMK Tebong, bahagian pentadbiran akan mengalami sedikit perubahan iaitu
1) GPK1- Encik K. Pathemanathan
2) GPK HEM- Cik Zamira Zashali
3) GPK KOKU- Puan Noridah Mohd
4) GKMP Sains dan Matematik - Puan Romlah binti Mohd Top
Tahniah diucapkan kepada para pentadbir yang baru dilantik dan selamat menjalankan tugas.

Selamat Menyambut Deepavali

SMK Tebong mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga SMK Tebong yang beragama Hindhu.

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun 2011

Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 2 dan 4, Peperiksaan Selaras Akhir Tahun akan diadakan pada 12 Oktober-3 November 2011-daripada Unit Peperiksaan Dalaman.

Johan Pidato Peringkat Alor Gajah

Tahniah kepada Chien Kah Kah daripada 4ST kerana menjadi Johan pidato 1Malaysia peringkat daerah Alor Gajah dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri.

No comments:

Post a Comment