Tuesday 7 February 2012

Utama

Selamat Jalan Cikgu Suria

SMK Tebong sekali kehilangan seorang lagi guru yang berkaliber iaitu Cikgu Suria daripada pendidikan khas yang akan ditukarkan ke SMK Tun Tijah (sekolah yang sama dengan bekas pengetua, Tn Hj Yatim Sulaiman). Justeru itu, seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih di atas segala usaha yang telah ditabur sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selamat bertugas di tempat baru...

Selamat Jalan dan Selamat Datang

Seluruh warga SMKT mengucapkan selamat jalan dan selamat bertugas ke tempat baru kepada bekas pengetua SMKT Tuan Hj Yatim bin Sulaiman yang ditugaskan di SMK Tun Tijah dan selamat datang dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Pengetua Baru SMKT, Tuan Hj Nordin bin Adam.

Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2011

Tahniah kepada SMK Tebong kerana menjadi Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri Melaka 2011. Terima kasih kepada seluruh warga SMK Tebong yang terlibat menghias sekolah dengan Jalur Gemilang.

Peralihan Kuasa Pentadbiran

Perhatian kepada seluruh warga SMK Tebong, bahagian pentadbiran akan mengalami sedikit perubahan iaitu
1) GPK1- Encik K. Pathemanathan
2) GPK HEM- Cik Zamira Zashali
3) GPK KOKU- Puan Noridah Mohd
4) GKMP Sains dan Matematik - Puan Romlah binti Mohd Top
Tahniah diucapkan kepada para pentadbir yang baru dilantik dan selamat menjalankan tugas.

Selamat Menyambut Deepavali

SMK Tebong mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga SMK Tebong yang beragama Hindhu.

Peperiksaan Selaras Akhir Tahun 2011

Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 2 dan 4, Peperiksaan Selaras Akhir Tahun akan diadakan pada 12 Oktober-3 November 2011-daripada Unit Peperiksaan Dalaman.

Johan Pidato Peringkat Alor Gajah

Tahniah kepada Chien Kah Kah daripada 4ST kerana menjadi Johan pidato 1Malaysia peringkat daerah Alor Gajah dan berjaya melayakkan diri ke peringkat Negeri.

Sunday 24 July 2011

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al- mubarak

Mulai 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011 ini umat Islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Pusat Akses ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua warga SMK Tebong yang beragama Islam . Perbagai aktiviti telah dirancang oleh panitia agama Islam sempena program IHYA' Ramadhan
  1. Program tadarus Al -quran
  2. Tazkirah Ramadhan 
  3. Ceramah Nuzul Quran
  4. Buletin Ramadhan
  5. Majlis Khatam Al-Quran 
  6. Sumbangan Aidil Fitri
Di blog ini juga akan memaklumkan waktu solat dan waktu berbuka puasa . Selain itu Pusat Akses akan menganjurkan kempen e-kad raya dan program "SAMPAIKAN SALAM AIDIL FITRI" untuk seluruh warga SMK Tebong 
Nantikan penyusulan selanjutnya di blog ini

Wednesday 13 July 2011

Pusat Akses diserbu

Rabu 13/7/2011

Pusat Akses SMK Tebong mencatatkan pertambahan bilangan pengunjung yang mendadak terutama oleh pelajar tingkatan 5. Ini semua disebabkan pelajar ingin mengetahui keputusan pemilihan ke Program Latihan Khimat Negara (PLKN). Kepada yang terpilih TAHNIAH di ucapkan semoga anda akan dapat menimbah pengalaman baru dan masih belum tahu bolehlah menyemak nama anda di www.khimatnegara.gov.my

Thursday 7 July 2011

LARANGAN MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM 'BERSIH'

 Surat Siaran

  Adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar 'Bersih'. Larangan ini juga bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru daripada dikenakan tindakan undang-undang kelak.

      (SURAT SIARAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA: LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM 'BERSIH')


  Berkaitan dengan surat siaran ini adalah diberi tahu semua warga SMK Tebong adalah dilarang sama sekali untuk menyertai perhimpunan ini

                                                                                                                                                                    (PENGETUA)

Thursday 30 June 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

MAJLIS PELANCARAN DASAR 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 

Seramai 342 orang Pelajar SMK Tebong akan menyertai larian serentak 1M1S1M, yang akan diadakan di SMK Tebong pada hari Sabtu 2 Julai Pukul 7.45 pagi. Majlis ini akan dirasmikan oleh ADUN Machap iaitu YB. DATUK LAI MENG CHONG. 


Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011









Majlis Anugerah Q-Bestari Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah Tahun 2011 merupakan satu majlis penganugerahan kepada sekolah-sekolah daerah Alor Gajah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam program-program pembestarian sekolah di samping melaksanakan inisiatif ICT di sekolah secara konsisten dan efisyen.

Sekolah-sekolah yang telah berjaya dipilih akan dianugerahkan sijil kecemerlangan dan juga plak oleh Pengarah Pelajaran Melaka pada 22 September 2011 di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara.

Sekolah-sekolah yang layak akan dinilai oleh Pasukan Panel Hakim bermula 04 Julai 2011 (Isnin) hingga 26 Ogos 2011 (Jumaat)

Monday 25 April 2011

TARIKH : 26 APRIL 2011
TEMPAT : SMK TEKNIK DATO' SERI MOHD ZAIN

Bengkel pembinaan blog Pusat Akses ini melibatkan penyertaan guru -guru Penyelaras Bestari daerah Alor Gajah. Penyelaras Pusat Akses SMK Tebong, Cikgu Aida bt. Yaacob telah dipilih untuk menghadiri bengkel berkenaan.

Bengkel ini memberi maklumat tentang pembinaan blog dan adalah diharapkan dengan terbinanya Blog Pusat Akses SMK Tebong, ia akan memberikan sumbangan untuk meningkatkan budaya ICT warga SMK Tebong.